motto A-TEAM SMMHT
OBJECTIF A TEAM SMMHT :
OBJEKTIF A TEAM SMMHT :
*Untuk memberikan maklumat tentang bahaya penyalahgunaan dadah khususnya kepada warga sekolah dan juga kepada orang ramai secara umumnya.
*Untuk menyahut seruan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Biro Kawalan Narkotik dalam sama-sama berkempen untuk membentras dan membendung gejala-gejala pengedaran pengedaran dan penyalahgunaan dadah haram khususnya di Negara Brunei Darussalam.
*Untuk memberikan maklumat tentang bahaya penyalahgunaan dadah khususnya kepada warga sekolah dan juga kepada orang ramai secara umumnya.
*Untuk menyahut seruan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Biro Kawalan Narkotik dalam sama-sama berkempen untuk membentras dan membendung gejala-gejala pengedaran pengedaran dan penyalahgunaan dadah haram khususnya di Negara Brunei Darussalam.
Sabtu, 9 Oktober 2010
JERAYAWARA ANTI DADAH SMMHT ANJURAN A-TEAM SMMHT DENGAN KERJASAMA BKN.
Pada 30 september 2010 yang lepas, A-TEAM SMMHT telah menganjurkan Jerayawara Anti Dadah SMMHT dengan kerjasama BKN. Jerayawara ini di sertai oleh beberapa badan atau kesatuan serta jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Jerayawara ini di hadiri oleh tetamu khas majlis dan beberapa buah sekolah. sambutan Jerayawara ini sangat mengalakan. bermacam-macam risalah dan benda-benda yang berkaitan telah di pamerkan.
PEMBUKAAN RAMSI SUDUT ANTI DADAH SMMHT OLEH YTM ABDUL AZIM
PENYEBARAN RISALAH ANTI DADAH DI SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH.
Pada bulan Jun yang lepas, A-TEAM SMMHT berkesempatan untuk menyebarkan risalah-risalah mengenai bahaya penyalahgunaan dadah ke sekolah-sekolah menengah dan rendah. Antara sekolah-sekolah yang di agihkan ialah sekolah Menengah Sufri Bolkiah, SR Muda Hashim, SR Penanjong, SR Tutong Kem, SR Keriam dan sebagainya.
EASI CARD $10 A-TEAM SMMHT.
Pada Bulan Jun yng Lepas, A-TEAM telah membuat kesepakatan bersama Syarikat DST Brunei Darussalam untuk mencetak logo A-TEAM SMMHT sebagai gambar di EASI Card yang berharga $10. Ini adalah bertujuan untuk sama-sama mengingat mengenai bahaya penyalahgunnan dadah. Maka dengan itu,Anda boleh mendapatkannya di pasaran dalam masa yang terdekat ini . Terima Kasih :)
AKTIVITI RIADAH MENDAKI BUKIT TERAJA dan MENYEBARKAN RISALAH.
Asalamualaikum . Pada bulan ogos yang lepas,sebelum bulan puasa. A-TEAM SMMHT telah menjelajahi Daerah Belait. Di sana, kami berkesempatan melawat sambil menyebarkan risalah anti dadah ke beberapa tempat seperti di Rumah Panjang Teraja, Balai Raya Teraja , Masjid Kampong Sungai Liang. Tanpa tidak membuang kesempatan,kami pun melakukan beberapa aktiviti yang berfaedah iaitu membersihkan masjid Sungai Liang dan aktiviti riadah iaitu mendaki Bukit Teraja.. Rombongan Kami seramai kira-kira 35 orang dan beberapa orang guru pengawas.
MENJELAJAHI DAERAH TEMBURONG.
Pada bulan julai yang lepas,kami telah menjelajahi daerah Temburong . tujuan nya ialah sama seperti tujuan kami ke kampong Menunggol yang lepas iaitu untuk menyebarkan maklumat mengenai bahaya Dadah dengan mengagihkan risalah anti dadah. 'trip' ini telah berlangsung selama 2 hari dan 1 malam . seramai lebih kurang 20 orang ahli PRS dan A-TEAM SMMHT menyertai 'trip' ini...guru pengawas iaitu 2 orang, cg Razid dan Cg Rawi .
MENJELAJAHI KAMPONG MENUNGGOL.
Pada bulan Jun yang lepas,A-Team SMMHT telah menjelajahi Kampong Menunggol. Tujuan nya ialah untuk menyebarkan maklumat mengenai bahaya Dadah dengan mengagihkan risalah anti dadah. Seramai 30 ahli PRS dan A-Team SMMHT telah menyertai penjelajahan ini serta 3 orang guru pengawas iaitu cg.Abd Razid,Cg.Hj Rawi dan Cg.Mazri Mashadi.
<---rombongan kami.
AKTIVITI RIADAH MENDAKI BUKIT SHAHBANDAR
Seramai lebih dari 20 ahli Pembimbing Rakan Sebaya SMMHT mengikuti aktiviti ini yang diadakan pada 1hb. Mei yang lepas. Ini merupakan kali pertama aktiviti ini diadakan dan di ketuai oleh Cikgu Abd. Razid bin Hj. Abd. Kadir. Aktiviti ini dimulakan dengan memanaskan badan selama 15 minit .
Semua ahli berjaya mendaki sebayak sembilan bukit yang terdapat di sana dalam jangka masa 1 jam 30 minit.
Ia merupakan antara aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Badan PRS SMMHT untuk mengisi masa lapang. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan tetapi juga boleh mengelakkan pelajar dari terlibat melakukan perkara yang tidak bermoral. Aktiviti ini bukan hanya menguji stamina ahli kumpulan malah mampu membentuk semangat setia kawan di kalangan ahli agar hubungan baik sentiasa terjalin walaupun di luar waktu sekolah.
Semua ahli berjaya mendaki sebayak sembilan bukit yang terdapat di sana dalam jangka masa 1 jam 30 minit.
Langgan:
Catatan (Atom)